Kerjaya kelab David_Odonkor

Borussia Dortmund

Odonkor dilahirkan di Bünde, Jerman Barat. Ibu beliau merupakan orang Jerman manakala sebelah bapanya adalah orang Ghana. Beliau membuat debut untuk Borussia Dortmund pada 3 Mac 2002 ketika usianya 18 tahun pada perlawanan menentang FC St. Pauli. Selepas menghabiskan satu musim bersama pasukan kedua Dortmund, beliau ditawarkan untuk bermain pasukan pertama Borussia dan membantu pasukannya untuk menduduki tempat keenam liga pada musim 2003-04.

Pada musim 2005-06, Odonkor hanya terlepas satu perlawanan liga. Pada 26 November 2005, beliau menjaringkan satu gol dan membuat hantaran pada perlawanan menentang 1. FC Nürnberg, Dortmund menang 2-1. Selepas perlawanan itu, beliau telah menarik perhatian Real Betis lalu membelinya dengan harga 6 juta euro.[3]

Real Betis

Musim pertama Odonkor di Real Betis tampak lebih mundur apabila beliau hanya bermain 13 perlawanan liga kerana beliau mengalami kecederaan lutut yang serius. Pada musim keduanya, beliau mengalami kecederaan lutut sekali lagi menyebabkan beliau berehat selama tiga bulan.

Pada 4 Mei 2008, Odonkor kembali dari bangku simpanan dengan menjaringkan gol pertamanya untuk Betis pada perlawanan seri 1-1 bertemu Almeria.[4] Selepas pulang dari perlawanan antarabangsa, Odonkor sekali lagi membuat pembedahan buat kali ketiga pada perpindahan musim sejuk 2008-09. Pada 2009, Real Betis tersingkir dari La Liga lalu bertanding di divisyen kedua. Ini membuatkan beliau terlepas baki perlawanan musim 2009-10.

Betis kembali ke La Liga semula pada hujung musim 2010-11 tetapi Odonkor bukan sebahagian daripada pasukan tersebut kerana mengalami kecederaan.

Tahun-tahun akhir

Pada 28 Julai 2011, Odonkor tiba di Rangers untuk perbicaraan kontrak selepas kontraknya di Real Betis hampir tamat.[5] Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menandatangani kontrak bersama Rangers lalu menandatangani kontrak bersama Alemannia Aachen yang bermain di divisyen kedua.

Pada musim panas 2012, selepas Alemannia tersingkir ke divisyen ketiga, Odonkor berpindah ke FC Hoverla Uzhhorod di Liga Perdana Ukraine.

Pada September 2013, selepas mengalami kecederaan buat beberapa bulan, Odonkor secara rasminya membuat persaraan bola sepak.

Rujukan

WikiPedia: David_Odonkor http://www.bdfutbol.com/en/j/j545.html http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/226646?cc... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://uk.reuters.com/article/2007/03/23/soccer-wo... http://www.skysports.com/story/0,19528,11847_23965... http://en.archive.uefa.com/competitions/under21/ne... http://www1.uefa.com/memberassociations/news/newsi... http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/world_cup... http://www.rangers.co.uk/articles/20110728/odonkor...